Thursday, February 26, 2009

Patdoxx says: Mari berdiri utk Elizabeth wong.

Atas nama rasa simpati terhadap musibah yg berlaku terhadap Elizabeth wong,sy rasa terpanggil utk berkongsi pandangan peribadi terhadap isu ini.. beberapa persoalan yg mungkin berlegar2 d dlm fikiran kita (bg mereka yg mengikuti perkembangan isu ini)..apakah motif d sebalik insiden ini?adakah isu ini bersifat politik?? atau bersifat peribadi??
secara ringkas,Elizabeth wong merupakan seorang aktivis hak kemanusiaan dan Ahli dewan undangan negeri(ADUN) PKR (Parti Keadilan Rakyat),Bukit Lanjan,selangor.. atas dasar keberanian dan komitmen yg tinggi dlm memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia,beliau mendapat kepercayaan daripada penduduk d kawasan beliau untuk d pilih sebagai wakil rakyat.Namun, atas dasar itu jugalah beliau menjadi mangsa dan sasaran "politik kotor"(mungkin) utk menjatuh dan mengaibakan maruah beliau.
Penyebaran foto2 beliau ketika tidur,iaitu dlm keadaan bogel,adalah tanpa pengetahuan beliau..tindakan mengambil gambar tanpa kerelaan beliau dan sekaligus menyebarkannya adalah salah satu bentuk pencabulan terhadap kehidupan peribadi beliau..ternyata perbuatan ini juga terang-terangan bertujuan untuk menjatuhkan maruah beliau sebagai sorg wanita dan juga merupakan satu cubaan utk membunuh kerjaya politik beliau sbgai sorg wakil rakyat..taktik keji ini merupakan satu bentuk ancaman baru kepada senario politik malaysia.. kerana mereka beranggapan taktik sebgini berkesan dan boleh mempengaruhi minda dan tanggapan rakyat Malaysia supaya terus membenci dan menolak pemimpin yg tidak bermoral.. apakah dengan penyebaran foto2 bogel Elizabeth itu, beliau boleh d anggap sebagai sorg pemimpin yg tidak bermoral??? oleh itu, adalah perlu utk kita menilai situasi beliau ini dgn menggunakan penilaian akal budi dan bukannya penilaian berbentuk emosi..kerana sudah menjadi lumrah bagi kebanyakan masyarakat kita apabila melihat foto2 seperti itu,mereka akan terus berprasangka buruk dan tidak baik terhadap mangsa..
Ingin sy ulang sekali lg, bahawa situasi yg menimpa Elizabeth ini adalah satu penganiayaan yg mencabul ruang privasi beliau, peristiwa ini berlaku d rumah (bilik tidur)beliau sendiri,d mana gambar bogel ketika beliau sdg tidur telah d ambil oleh seseorg tanpa kesedaran dan kebenaran drpd beliau..maka, situasi ini bolehlah d anggap seperti perbuatan mengintai dan mengambil gambar org sdg mandi dan kemudian menyebarkan d internet.. adakah dgn melihat gambar org yg sdg mandi itu, kita boleh beranggapan bahawa org itu adalah tidak bermoral??? ia sama juga apabila sepasang suami isteri yg menginap d hotel dan kemudian aksi seks mereka d rakam secara tersembunyi dan tanpa kebenaran mereka.. adakah perilaku pasangan suami isteri itu d anggap sebagai tidak bermoral??? sudah tentu tidak bukan.. Ini adalah kerana, setiap individu atau warganegara itu berhak mempunyai hak privasinya sendiri dan kt perlu merhormati hak tersebut..sama seperti situasi yg menimpa Elizabeth.. kt perlu menghormati kehidupan peribadi beliau sebgai sorg wanita yg belum berkahwin dan dia berhak utk menikmati ruang privasinya sepertimana yg d nikmati oleh kita semua.
Oleh itu, atas kesedaran terhadap ancaman taktik "lucah" n "keji" seperti ini. Ancaman seperti ini boleh mengaibkan dan mencemarkan imej ssorg itu d mata masyarakat,dan sudah pasti bebanan utk meneruskan kehidupan akan menjadi lebih sukar kerana mangsa akan berasa malu dan trauma utk berdepan dgn masyarakat sekeliling,adakah adil bg masyarakat utk menghukum dan memulau mangsa penganiayaan seperti ini tanpa menggunakan penilaian akal budi???maka,kita sebgai rakyat Malaysia harus berfikiran terbuka dlm membuat penilaian dan bersatu untuk menolak bentuk ancaman kotor seperti ini,ia juga adalah tanggungjawab kita utk melindungi dan menyokong mangsa2 penganiayaan seperti ini.Kerana kita yakin, bahawa taktik sebegini akan terus d guna pakai oleh mereka yg tidak bertanggungjawab demi utk mencapai hasrat dan cita2 mereka. Maka sebagai tanda penghormatan dan simpati,marilah kita berdiri bersama2 beliau dan terus menyokong beliau agar beliau terus tabah melalui bebanan ujian seperti ini.

2 comments:

Anonymous said...

i support yb eli too, but i itch to tell you that your page background makes it difficult to read the words lah.


carmanio

pathetic naye said...

hye ol dox..i lop ur blog wkwkwk