Thursday, February 26, 2009

Patdoxx says: Mari berdiri utk Elizabeth wong.

Atas nama rasa simpati terhadap musibah yg berlaku terhadap Elizabeth wong,sy rasa terpanggil utk berkongsi pandangan peribadi terhadap isu ini.. beberapa persoalan yg mungkin berlegar2 d dlm fikiran kita (bg mereka yg mengikuti perkembangan isu ini)..apakah motif d sebalik insiden ini?adakah isu ini bersifat politik?? atau bersifat peribadi??
secara ringkas,Elizabeth wong merupakan seorang aktivis hak kemanusiaan dan Ahli dewan undangan negeri(ADUN) PKR (Parti Keadilan Rakyat),Bukit Lanjan,selangor.. atas dasar keberanian dan komitmen yg tinggi dlm memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia,beliau mendapat kepercayaan daripada penduduk d kawasan beliau untuk d pilih sebagai wakil rakyat.Namun, atas dasar itu jugalah beliau menjadi mangsa dan sasaran "politik kotor"(mungkin) utk menjatuh dan mengaibakan maruah beliau.
Penyebaran foto2 beliau ketika tidur,iaitu dlm keadaan bogel,adalah tanpa pengetahuan beliau..tindakan mengambil gambar tanpa kerelaan beliau dan sekaligus menyebarkannya adalah salah satu bentuk pencabulan terhadap kehidupan peribadi beliau..ternyata perbuatan ini juga terang-terangan bertujuan untuk menjatuhkan maruah beliau sebagai sorg wanita dan juga merupakan satu cubaan utk membunuh kerjaya politik beliau sbgai sorg wakil rakyat..taktik keji ini merupakan satu bentuk ancaman baru kepada senario politik malaysia.. kerana mereka beranggapan taktik sebgini berkesan dan boleh mempengaruhi minda dan tanggapan rakyat Malaysia supaya terus membenci dan menolak pemimpin yg tidak bermoral.. apakah dengan penyebaran foto2 bogel Elizabeth itu, beliau boleh d anggap sebagai sorg pemimpin yg tidak bermoral??? oleh itu, adalah perlu utk kita menilai situasi beliau ini dgn menggunakan penilaian akal budi dan bukannya penilaian berbentuk emosi..kerana sudah menjadi lumrah bagi kebanyakan masyarakat kita apabila melihat foto2 seperti itu,mereka akan terus berprasangka buruk dan tidak baik terhadap mangsa..
Ingin sy ulang sekali lg, bahawa situasi yg menimpa Elizabeth ini adalah satu penganiayaan yg mencabul ruang privasi beliau, peristiwa ini berlaku d rumah (bilik tidur)beliau sendiri,d mana gambar bogel ketika beliau sdg tidur telah d ambil oleh seseorg tanpa kesedaran dan kebenaran drpd beliau..maka, situasi ini bolehlah d anggap seperti perbuatan mengintai dan mengambil gambar org sdg mandi dan kemudian menyebarkan d internet.. adakah dgn melihat gambar org yg sdg mandi itu, kita boleh beranggapan bahawa org itu adalah tidak bermoral??? ia sama juga apabila sepasang suami isteri yg menginap d hotel dan kemudian aksi seks mereka d rakam secara tersembunyi dan tanpa kebenaran mereka.. adakah perilaku pasangan suami isteri itu d anggap sebagai tidak bermoral??? sudah tentu tidak bukan.. Ini adalah kerana, setiap individu atau warganegara itu berhak mempunyai hak privasinya sendiri dan kt perlu merhormati hak tersebut..sama seperti situasi yg menimpa Elizabeth.. kt perlu menghormati kehidupan peribadi beliau sebgai sorg wanita yg belum berkahwin dan dia berhak utk menikmati ruang privasinya sepertimana yg d nikmati oleh kita semua.
Oleh itu, atas kesedaran terhadap ancaman taktik "lucah" n "keji" seperti ini. Ancaman seperti ini boleh mengaibkan dan mencemarkan imej ssorg itu d mata masyarakat,dan sudah pasti bebanan utk meneruskan kehidupan akan menjadi lebih sukar kerana mangsa akan berasa malu dan trauma utk berdepan dgn masyarakat sekeliling,adakah adil bg masyarakat utk menghukum dan memulau mangsa penganiayaan seperti ini tanpa menggunakan penilaian akal budi???maka,kita sebgai rakyat Malaysia harus berfikiran terbuka dlm membuat penilaian dan bersatu untuk menolak bentuk ancaman kotor seperti ini,ia juga adalah tanggungjawab kita utk melindungi dan menyokong mangsa2 penganiayaan seperti ini.Kerana kita yakin, bahawa taktik sebegini akan terus d guna pakai oleh mereka yg tidak bertanggungjawab demi utk mencapai hasrat dan cita2 mereka. Maka sebagai tanda penghormatan dan simpati,marilah kita berdiri bersama2 beliau dan terus menyokong beliau agar beliau terus tabah melalui bebanan ujian seperti ini.

Wednesday, February 11, 2009

Cerita hari ini: Kassan,sharon & semut merah..

14 februari...tarikh yg amat berharga bt Kassan, sorg pemuda hensem dr kampung bambangan, tarikh itulah dia mula bertemu kekasih hatinya yg bernma sharon. kali pertama mereka bertemu adalah ketika Kassan dan teman2 nya berhibur d sebuah Pub karaoke yg terletak d KDCA.. detik pertemuan itu adalah amat x d jangka sama sekali,d mana dia dan sharon telah d paksa berduet, menyanyikan lagu "semut merah" oleh rakan2 mereka.. maka dri saat itu lah mereka mula bertukar2 nombor hndphone..

selang beberapa hari selepas pertemuan itu,kassan telah membuat panggilan miskol kpd sharon,beberapa saat kemudiannya dia mendpt respon yg pantas brupa miskol drpd sharon..lalu kassan pn membernikan diri utk mghantar sms kpd sharon..brmula dri hari itu mereka pn mula la bersms dgn penuh manja n mesra sekali.. bermula dri hari itu jg mereka berdua x henti2 bersms,maklum la hati berbunga2 la katakan....tapi bukan setakat sms sahaja,mereka jg sering berbalas MMS, masing2 mghntr MMs dgn pose2 yg bergitu kontrol manja,terkini n pnuh bergaya sekali..maka bibit2 kerinduan d antara mereka berdua mula bertapak.

sekian lama mereka bsms, tahap prhubungan mereka berdua semakin berkembang, d mana satus perhubungan mereka boleh la d andaikan sbgai "teman tp mesra",mereka mula berkongsi masalah bersama serta ada kalanya mereka berdua sering kelihatan keluar bersama..tahap ini juga la yg mengurangkan perhubungan sms mereka..kerana kali ini, mereka lebih gemar bergayut d talian, kerana cara itu lebih dekat n lg dlm feelnya..maka dari saat ini juga la perasaan syg itu semakin tebal d dlm diri mereka..sehinggakan kedua2 mereka menjadi gila bayang..bak kata pepatah, makang x kenyang,tidur x lena dan mandi pung x basah..bukan itu sahaja..lagu semut merah telah menjadi lagu wajib bgi mereka berdua..jika mereka kerinduaan..lagu semut merah la yg jd pengubat rindu mereka berdua.

Maka pada tahun berikutnya..bertepatan pda pukul 12 tgh mlm,brtarikh 14hb feb, iaitu setelah genap sthn perhubungan mereka, mereka mengambil keputusan untuk menjdi sepasang kekasih.. pantai tg.aru menjadi saksi luahan perasaan cinta mereka berdua..wlaupun ada seketika begitu bnyak nyamuk aedes yg berterbangan, tetapi mereka x risau kerana awal2 lg mereka telah menyediakan lingkaran racun nyamuk sbg pelindung mereka..kedinginan angin mlm yg sepoi2 bahasa dan d ikuti deruaan ombak yg memecah pantai serta bercahayakan keindahan bulan purnama..sudah tentu ia sedikit sebanyak dpt menyerikan lg perasaan mereka utk merasai dan menikmati suasana malam yg begitu romantik..nyaman n damai sekali rasanya ..ya,saat ini juga la kali pertama mereka berdating sbg sepasang kekasih..

Dengan pakej yg menarik dan penampilan yg kemas,hensem dan segak bergaya..kassan dgn pantas berjaya memikat hati kedua2 mentuanya.. maka atas pertimbangan itulah mereka berjaya melangsungkan perkhawinan dgn pnuh gilang n gemilang.. d saat persandingan mereka.. kassan n sharon sempat berduet bersama2 untuk menyanyikan lagu "semut merah"..dgn hidung yg sentiasa kembang,kassan menyanyikan lagu itu dgn pnuh perasaan sehingga berjaya membuatkan sharon terharu n menitiskan air matanya.. bukan setakat sharon sahaja yg terharu, org2 kampung yg berada d majlis itu juga turut terharu dan bersama2 menyanyikan lagu itu dgn penuh meriah sekali... keindahan n kermerduan lagu semut merah itu mempunyai "sentimental value" bt mereka berdua..kerana dgn lagu itu bermula detik pertemuaan mereka dan dgn lagu itu jg mereka menamatkan kemuncak cinta mereka dgn ikatan yg sah.. begitulah kisah percintaan yg berakhir dgn penuh gumbira dan bahagia..

Wednesday, February 4, 2009

Cerita hari ini: Geng Bas sekolah~!!!

suda hampir 10 tahun...Joey,king,Gambirr dan Big Din menjadi geng karas.. mereka merupakan sekumpulan ank muda yg happening, sporting,serta cool..mereka sering kelihatan bersama2, melakukan aktiviti bersama2 dan berkongsi suka duka bersama..pendek kata mereka adalah B.F.F iaitu nama panjangnya "Best Friends Forever" ahaks~!!!

sunguhpun begitu, keempat2 mereka mmg mempunyai pwatakan yg berbeza..umpamanya King..sorg jejaka brwajah macho dan gemar memakai baju body fit..dia juga merupakan sorg yg romantis dan berjiwa sentimental..maka tidak hairan la jika ramai wanita gemar berdampingan dgnnya.. hobinya,bersenam d gym dan menonton movies,terutamanya filem hindi dan suda tentu Shah rukh khan menjadi idolanya..filem kegemarannya adalah "kabhi kushi kabhi gamm" serta "titanic"..baginya kedua2 filem ini mpnyai jln cerita yg sgt klasik dan menyentuh hati sehinggakan mampu mengalirkan air matanya..pernah satu masa, ketika menonton filem "my heart" ,dia menangis teresak-esak pabila mengetahui ending cerita tersebut..maka..akibat terlalu menghayati filem tersebut,dia memilih lagu tema dan logo filem itu sbgai ringtone dan wallpaper dlm telefon bimbitnya..

sahabat yg kedua iaitu Gambirr "the jackass", sorg jejaka yg mempunyai tahap mangkukism yg amat tinggi..selamba dan kelakar orgnya..dia d anggap sebagai penghibur dan sentiasa membawa keceriaan kpd empat sekwn ini.. bg mereka suasana mmg x best jika Gambirr x ada..hobinya adalah brlumba kereta,main lap2 dan aramaitii..pernah satu masa, akibat terlampau moginum..dia melakukan aksi "superman" ketika menunggang motor dgn hanya memakai spander..dan yg dia jg pernah tertidur sambil tersenyum dlm kadang ayam neneknya.. tetapi yg paling teruk dia pernah memanjat pokok tarap dlm keadaan separuh bogel dan menyanyikan lagu john samud dgn penuh serius.

bagaimanapun,lain pula ceritanya dgn Joey, dia sorg yg kuat semangat dan x mudah berputus asa..cita2nya adalah menjadi sorg penyanyi yg terkenal..mempunyai suara dan personaliti yg bagus..suda bnyk kali dia menjuarai pertandingan karaoke d area KK ini,termasuklah jga pertandingan nyanyian antara daerah2..itu semua sudah membuktikan akan bakat yg ada pada dirinya.. dia juga telah banyak kali menyertai audition bg program realiti TV seperti malaysian idol,one in a milion, My star ..tp syg bakatnya d reject mentah2, mungkin time tuh rezeki belum memihak kpd dirinya..tp thn ini dia berazam akan terus mencuba nasib dgn menyertai ujibakat Akademi fantasia yg d adakan d one borneo..kali ini dia bersedia dr segi mental dan fizikal .. dia jg merancang membawa lagu dr Anuar Zain, dia yakin boleh mbawakan lagu idolanya itu dgn caranya yg tersendiri.. Jika Filex terkenal dgn tag line "susah2 aja" dan stacy dgn "alamak.. terlebih suda".. andai dirinya berjaya terpilih ke peringkat akhir, dia sdh merancang awal2 utk mempunyai "tag line" bg dirinya..iaitu "OK BAH KALU KawW!!!".. ya begitu la persediaan dan perancangan yg amat teliti bagi pemuda berusia 22 thn ini.

Akhir sekali,BIG DIN,jejaka berbadan besar mirip Notorious B.I.G ini memiliki sebuah cyber cafe d penampang..dia sangat tegas dan d hormati oleh ketiga2 teman baiknya..hobinya bermain GAME 24 jam..antara game yg menjadi favorite nya adalah "need for speed most wanted", "FIFA manager dan FIFA 2003-2008 serta counter strikes..namun kini dia amat meminati utk bermain DOTA..namun dlm kesibukan bermain game, dia jg mempunyai sorg teman wanita yg amat menyanyi dirinya,nama gf nya adalah kuntum..nampak klasik,ayu dan sopan namanya kan.. tp anda semua silap, ini adalah kuntum persisi pamela andreson dan mempunyai boobs yg sememang nya owhhh my god~!! mmg x terkata jika anda melihatnya,mungkin akibat suntikan botoks agaknya boobs nya menjadi sbegitu mantap..

ya,bgituh la mereka,wlupun berbeza dri segi perwatakan dan fizikal mereka tetap arkab dan erat bersama2,mereka tetap bersatu dan teguh bersama..dan mereka umpama Geng..geng..geng Bas Sekolahhh ( sila nyanyi ikut melodi ) -THE END-

Wednesday, January 28, 2009

cerita hari ini: Kisah sorg playboy yg terlampau.

Beseluar bell-bottom,dengan baju brsterika (iron) serta berambut afro..itu la imej retro jejaka yg bernama Jojo..beperwatakan dan mempunyai wajah klasik persis legenda hip-hop,SNOOP DOGGY DOGG..d tambah dgn susuk tubuhnya yg sasa dan mempunyai tatu Kura-kura d tangan kirinya,ia memperhebatkan lg keranggian n kepelbagaian d dlm dirinya..

Berbekalkan prwatakan serta keranggaian yg melampau2 itu jg la yg menjadikan Jojo sebagai mangsa keadaan..YA d ulang, Mangsa keadaan..ia membuatkan Jojo menjadi seorang playboy yg sgt berjaya n berdedaksi..ramai d kalangan teman wanitanya mempunyai alasan yg kukuh mengapa mereka jatuh cinta kepada Jojo.. contohnya,Memey (wajahnya sebijik seperti scandal Norman Hakim),bg Memey,dia jatuh cinta kpd Jojo adalah kerana, Jojo memiliki wajah yg sungguh klasik skali,wajah yg jarang d dtemui d malaysia..atas dasar itulah dia merasakn wajah Jojo cute sgt2.."eeeeee kiuttttt!!!" ... itulah luahan manja Memey d dlm hatinya takala pertama kali bertemu Jojo..

Manakala,bg Donna,gadis seksi yg mempunyai potongan badan seperti Beyonce ini..dia berpendapat..Jojo sorg yg amat seksi.. dr rambut sehinggalah ke imej retronya..itu sudah cukup membuatkan Donna jatuh cinta kepada Jojo..perasaan itu semakin melampau2 takala melihat bulu dada Jojo yg begitu lebat tersusun serta amat rebonding sekali..

Seterusnya,Karina, seorg gadis naif yg berumur 20 thn dan merupakan sorg pelajar IPTS..Jojo adalah cinta pertamanya..dia jatuh cinta kerana kejujuran dan keikhlasan c Jojo..bgnya, hanya Jojo sahaja yg berada d dlm hati nya..sampai bila2..bukan setakat d dlm hati sahaja..malah d dlm Handphone karina..wajah Jojo sering menjadi wallpapernya..x cukup d hndphone.. malah d laptopnya jg penuh dengan wajah Jojo..x ckup dlm Laptop..dlm bilik mandi pn d letaknya wajah Jojo..fuhh~!!!..hebatkan..itu la namanya cinta mati.
Tetapi,bg Monna..dia mencintai Jojo adalah kerana harta dan kekayaan Jojo..ya, Jojo memang sorg business man yg amat berjaya sekali..bayangkan sahaja kmewahan c jojo..selain mempunyai rumah banglo yg besar n indah.. Jojo jg mempunyai 3 buah kereta BMW..dan sebuah "ninja king" yg selalu d bwhnya ke tamu..x cukup dgn itu.. d tandas pn dletaknya "air-con"..bukan setakat sebuah air-con.. tetapi 2 buah air-con d letaknya sekali..nah bayangkan..bertapa besarnya kekayaan c Jojo..

Teman wanita yg seterusnya,d kenali sbgai Mama sally, ya sorg janda yg mempunyai 3 org anak..wlaupn bergelar janda,tetapi Mama sally msh kelihatan montok n menawan persis Ratu dangdut indon,iaitu Inul..mmg hot gitu...maka, x hairan la jika Jojo terpikat dgnnya..Bg mama sally, Jojo adalah sorg jejaka yg romntik,matang dan jg penting skali,Jojo mempunyai posisi punggung yg bgitu menonjol,mantap n tepu skali..

Ya.begitu la kisah ttg sorg playboy yg bernama JOjo..sorg jejaka yg mempunyai gaya, mutu n keunggulan yg tersendiri..

Monday, January 12, 2009

cerita hari ini: Hey Dude...Kamu memang MANGKUK~!!!

prooooootttt~!!! Bobo dgn selamba mebebaskan lebihan angin yg berada dlm badanya..dia x kesah apa org kata akan dirinya..janji hidupnya rOck...Ya RoCk Kapak itulah prinsip hidupnya..Bobo meneruskan perjlnan ..dgn mengisap rokok gudang garam serta berkaca mata hitam...dia nekad utk pergi ke tamu.. setibanya dia d tamu..matanya liar mencari sesuatu..puas dia berpusing2..akhirnya benda yg d cari2nya muncul jua..yaa~!! Seliparr jipun..itula yg d ingini oleh Bobo.. tanpa membuang masa dia membeli selipar jipun kaler kuning..lantas dgn itu dia terus memakainya..secara automatik selipar jipunnya yg lama d buangnya dgn serta merta..dia x kesah janji rockk..

Kemudian perutnya terasa lapar..tanpa membuang masa dia terus pergi ke kedai mamak yg berdekatan..Bobo meminta "mee goreng ayam" + mata lembu serta milo ping..itulah menu kegemarannya ...selang beberapa minit kemudian..menunya siap d hidang..lalu dia pun terus menjamu selera..tb2 terasa ada sesuatu d dlm rongga2 hidungnya..sekali lg dgn selamba dia memasukan jari manisnya ke dlm hidung,lalu mengoreknya dgn tenang..fuhh~!!! extrimis sungguh.

setelah menjamu selera.. Bobo bercadang untuk mencari hiburan..lalu dia pung pergi ke K-BOX..semangatnya utk menyanyi begitu membara sekali..sehingga 10 bijik token d belinya..maka dia pn terus msk ke dlm K-Box..yaa~!!sudah tentu..lagu2 rock kapak yg menjadi pilihannya..lantas Bobo pn terus menyanyi sperti lagak sorg Rockstar..dgn penuh perasaan..dia menutup mata sambil menyanyi dan menjerit sekuat2nya..sehinggakan dgn tiba2 bunyi "pruttttttt" kedengaran...yaa~!!.dgn selamba Bobo membebaskn lg lebihan angin yg ada d dlm badannya..tapi kali ini aromanya sungguh mengasyikkan..itu lah side effect telur mata lembu yg djamahnya td..namun aroma yg amat mengcekam jiwa itu..x sesekali menggugat smngat Bobo utk berhibur..dia x kesah janji Rockkkkk~!!!

Akhirnya selepas siap berhibur..Bobo bercadang utk pulang ke rmh..d dlm perjlanannya..tiba2 perutnya terasa amat sakit..Bobo cuba utk bertahan..tetapi akhirnya dia mengalah jg..dgn pantas dia pun pergi ke kawasan semak yg berdekatan lalu membuat pelaburan dgn bgitu meyakinkan..sambil membuat pelaburan [birak].. dia sempat jg mengisap rokok gudang garamnya dgn tenang skali...sperti biasa..dia x kesah janji rockk..

Sejurus selepas itu,Bobo pn berjln dgn selamat utk pulang ke rumahnya..iya begitula berakhirnya cerita ttg sorg insan yg bernama Bobo..insan yg sememangnya amat tinggi tahap Kemangkukismnya.

Sunday, January 4, 2009

Cerita hari ini: Teman Baik ku Tannnnnnnn.....

Jika dimbas kembali, hubungan prsahabatan diantara c orix dan Tan mmg erat..kukuh..bak isi dgn kulit..suka duka dkongsi brsama2..terutamanya c orix..dia sangat memerlukan Tan dlm kehidupannya..terasa mcm x lengkap skiranya shari x bertemu c Tan..hanya c Tan sahaja yg benar2 memahami akan dirinya,terutamanya bila d dlm kesusahan n kcemasan.. dia pasti akan meminta bantuan c Tan.. baginya Tan adalah sahabat yg cooooool n sentiasa memberi kelegaan kpdnya.

satu hari..akibat terlalu boring,orix bercadang mecari hiburan d kk..ya mana lg klu bukan..center Point [cp].biasalah standard org kk..klu mau berdating mesti pigi CP, tgk movie d cp jg,makan pn d cp,sbb ada nasik ayam cp..hrga murah RM2.80..save budget.sbb tuh cp menjadi tumpuan utama bg warga KK...dgn lagak gaya yg sungguh ranggi..berbekalkan dgn spek itam besar, baju lengan panjang berbunga2 dgn butang baju bebas trbuka serta berseluar jeans fit..bsamaa gaya rambut dye wrna biru..fuhh~!!bandaraya KK seakan begegar pabila melihat kranggian c orix.

Namun d tgah2 pjlnannya menuju ke cp, orix smcm rasa x selesa..seakan ada sesuatu yg sedang berlegar2 d dlm pikiranya,tubuhnya pula seolah meronta2,tp orix tetap brpikiran positif dan melangkah yakin meneruskan perjlnannya dgn penuh bergaya n macho sekali..langkah demi langkah..ke tmpt yg d tuju..perasaan x selesa itu smakin menjadi2,tubuhnya makin meronta2 ksakitan..dan orix terhenti n smcm x brdaya utk meneruskan pjlnanya..maka d saat ini la dia sgt2 memerlukan teman baik nya c Tan..

Matanya mula brair serta mukanya menjadi merah krn kpedihan itu smakin membara, orix menguatkan semangatnya utk terus berjln.. dia yakin Tan ada d Cp..HANYA Tan sahaja yg memahami akan kesakitan yg d alaminya itu..HANYA Tan sahaja yg boleh mengubati sakitnya..dan HANYA Tan sahaja yg boleh mententeramkan beliau..yaa HANYA TAN..iaitu sahabat orix yg sejati.

Akhirnya, setelah bersusah payah utk ke Cp..orix trus mencari rakan baik nya itu..seakan tubuh nya makin terasa sakit n pedih sekali..pandangan orix mula kelihatan kabur..tetapi, dgn tiba2 Tan sahabat c orix muncul d depan matanya..lalu orix tanpa membuang masa terus menuju ke arah Tan..setiba d tmpt Tan.. Orix terus meluahkan kesakitanya kpd Tan...lalu ia menjerit arghhhhhh~!!!!! bersertakan bunyi "buuuuushhhhh~!!!" dan bunyi "Preeetttt~!!" [dgn nada hancur]..akhirnya kesakitan itu terus hilang serta merta..dan kelegaanan muncul d wajah orix.. lalu orix berkata sesuatu kpd Tan..."fuhh~!!..terima Kasih sahabatku..aku skali lagi terhutang budi dgn kmu".. Ya begitu la cerita sahabat baik Orix yg bernama TAN..DASsss~!!! kha3

Cerita hari ini: kaw laa thank you~!!!

Cerita nya begini,Jolix adalah pemuda Desa..yg ingin mencari perkerjaan d K.K..satu hari..dia telah bertemu dgn kwn lamanya yg bernama Rongga, maka Rongga meberitahu c jolix bahawa ada kerja kosong d KK..keceriaan mula timbul d muka jolix lalu dia bersetuju utk pergi ke KK bersama2 c Rongga..

setibanya d kk,Rongga memperkenalkan c jolix kpd majikannya..setelah d interview..maka mereka bersetuju utk mengambil jolix utk berkerja..kerjanya adalah menjadi pelayan d sbuah restoren yg bertaraf 5 bintang..yaa..kini restoren pung ada standardnya tersendiri sma sprti hotel..maka malam itu,sblm memulakan kerja bt kali pertama, Rongga sempat mengajar bagaimana mengambil pesanan dlm bahasa english kpd jolix... antaranya sprti "Can i hv u oder sir??" serta perkataan2 asas sprti YES dan NO.. maka, jolix pun mula mengahafal perkataan2 terebut..

setelah itu, jolix memulakan kerjanya, pelanggan pertama nya adalah sorg lelaki jerman yg bermuka serius n garang,tetapi hensem n tegap2 jg..maka, dgn lancar jolix pn mengambil oder sprti yg d ajar oleh Rongga..dia mengambil n menghantar mkn terebut kpd pelangannya..selepas mndpt menunya,lalu lelaki jerman itu dgn nada yg kasar n serius berkata "THANK YOU" kpd jolix..melihat reaksi dri Lelaki jerman itu..jolix terkejut n terpinga2 kerana dia x faham akan mksd perkataanterebut..perasaan sangsi mula timbul..kerana dia beranggapan bahawa lelaki jerman itu seolah2 memanggilnya "Bodoh"..d tambh dgn perwatakan lelaki jerman itu yg serius n kasar..perasaan salah paham itu makin menebal..Jolix mula berasa marah.. tetapi dia tetap bsabar.. Akhir sekali, setelah menjamu selera dan membayar bilnya..lelaki itu sekali lg berkata "THANK YOU" kpd jolix..kali ini dgn nada yg kuat n sgt2 garang..baa, apa lagi, c jolix pun panas lalu mebalas balik dgn berkata "KAW LA THANK YOU"~!!!! lelaki jerman itu terkejut dan terus cepat2 beredar dri situ..fuhh~!!! dgn nada bangga,trus c Jolix berkata lagi... " Nah..baru kaw taw~!! kaw ingat sy THANK YOU ka.. Kaw laa THANK YOu"..